Monday, October 25, 2010

Segala Puji BagiNya - Pembinaan Hampir Selesai



23 Oktober 2010

Belum berbumbung lagi....
Update sehingga 23 oktober..inilah yang paling cepat dapat diexpedite..Masih tertangguh lagi bekalan elektriknya..bising nanti bos besar kalu lambat2 camni...


Pandangan hadapan, sedikit sahaja lagi kerja yang diperlukan sebelum wiring dari TNB boleh memulakan tugas.

Pemasangan pancang ukur tanah menandakan keluasan tanah yang telah dibersihkan


Mak Itam dan anaknya,Kak long juga hadir meninjau lokasi projek.Semangat diluah katanya mahu juga meratakan tanah miliknya yg telah terbiar lama..

Wednesday, October 20, 2010

Ramunia jadi Hub Minyak Dan Gas dan Industri Berat..

Teluk Ramunia ada minyak, gas

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Teluk Ramunia, Pengerang, mampu menjadi sebuah hab industri minyak dan gas yang baru di negara ini berikutan potensi dan kedudukannya yang strategik.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui (FPREE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ariffin Samsuri berkata, aktiviti berkaitan seperti penyimpanan dan penapisan minyak serta menjadi lokasi kapal berlabuh amat sesuai ditempatkan di situ.
"Selain itu, mengikut keadaan geografi Teluk Ramunia, diramalkan sumber minyak dan gas terdapat di kawasan itu yang berdasar kepada beberapa faktor dan perkembangan semasa.
"FPREE UTM Skudai sedia melakukan kajian di Teluk Ramunia bagi membuktikan kesahihan itu tetapi kita mempunyai beberapa halangan daripada pihak tertentu untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Minyak dan Gas (OGS) 2010 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, dekat sini hari ini.
Katanya, Teluk Ramunia mampu berkembang menjadi seperti industri minyak dan gas di Kertih, Terengganu sekali gus menjadi pesaing kepada hab yang sama di Singapura.
Menurutnya, Teluk Ramunia mempunyai banyak kelebihan berbanding hab sedia ada di negara itu contohnya daripada segi ruang dan kawasan.
Sementara itu, beliau memberitahu, UTM akan wujudkan dua kursus baru pada tahun depan iaitu Kejuruteraan Geologikal dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
Tujuannya, kata Ariffin, bagi menambah tenaga kerja dalam bidang minyak dan gas yang akan meningkat 15 peratus menjelang 2030.
Mengenai simposium itu, beliau berkata, tujuannya untuk membuka minda para penuntutnya mengenai peluang pekerjaan dan teknologi terkini dalam industri minyak dan gas.

Hasil Bumi

Telaga Minyak dan Gas
Di  Teluk Ramunia, dipercayai telah ditemui telaga minyak dan gas seluas 1,000 hektar  oleh para penyelidik petroleum baru-baru ini. Ia dikatakan berada di kawasan perairan Malaysia dan sekali gus menafikan hak bertindih atau pemilikan bersama oleh negara-negara jiran. Berita baik itu terhasil selepas kerja-kerja geologi dilakukan secara komprehensif  oleh  sebuah syarikat perunding yang dilantik.  Penemuan itu juga sekali gus melonjakkan nilai harta tanah di Pengerang, Teluk Ramunia dan sekitarnya. Difahamkan, harga tanah di kawasan  sekitar Pengerang dan Teluk Ramunia akan mencecah sehingga  RM200 ribu  bagi setiap 0.4 hektar. 
Sumber : http://telecentre.my


Memang dah banyak kali kedengaran berita sebegini, kalau tak silap 2006 sudah timbul.Kepada yang nak memiliki aset, melaburlah disektor hartanah....mesti harganya meningkat.Bandar Penawar ok sangat dengan harg asekarang ini.SHI pun nak buka shipyard di sana.Sime Darby pula memiliki yard untuk fabrication daripada Ramunia Fabricators.Pelaburan dari timur tengah berbilion ringgit disalur ke ramunia untuk loji penapisan di sana.Pembinaan Highway Senai -Desaru- Pasir Gudang melihatkan jaringan pengangkutan yang baik menghubungkan lokasi industri utama di Johor..Harapan agar kawasan sekitar turut menerima limpahan nikmat, penduduk pula memperolehi wang ehsan...Kepada politician bolehlah lemparkan pandangan masing2...fikir2 pro dan kontra nya...

Tuesday, October 19, 2010

Proses Meratakan Tanah

16 & 17 Oktober

Khidmat pekerja binaan dari CIDB merangkap pekerja upahan sambilan untuk kerja-kerja pembinaan pejabat digunakan bertujuan mempercepatkan proses pembinaan.2 orang pekerja tambahan ini memulakan kerja-kerja pertukangan dengan proses membancuh simen secara manual.Proses membuat rasuk jalur untuk menempatkan dinding bangunan dimulakan dan adalah penting untuk memastikan rasuk yang terhasil adalah searas dengan permukaan tanah bagi memudahkan kerja-kerja mengikat bata dilakukan kelak.
Kerja-Keras pasti membuahkan Hasil,Kerajinan adalah kuncinya. Dan mesti ingat Pertanian adalah Perniagaan

hubungan mesra menjadikan kerja-kerja lebih mudah dan selesa.Proses meratakan permukaan rasuk.

Rasuk yang telah siapsedia menunggu untuk proses mengikat bata.


Sekali Lagi khidmat Jentera diperlukan, hal ini disebabkan longgokan anak kayu yang masih basah dan kelihatannya yang menggunung menjadikan kerja-kerja pembersihan menjadi amat sukar dilkukan dengan tenaga manusia..Bermula seawal jam 9 pagi sehinggalah jam 4 petang , kerja-kerja penolakan diteruskan. Malangnya oleh kerana ketidak perihatinan dengan alasan tanah yang lembik sedikit lagi himpunan anak kayu dibiarkan. Permukaan yang masih belum benar-benar rata menyebabkan penyewaan jentera buat kali ke empat diperlukan.
Sebahagian tanah yang telah diratakan. (Bahagian Selatan)

Bahagian Barat, susunan bata oleh mr farhan..katanya untuk memudahkan kerja...terdapat sedikit lagi kawasan yang belum di bersihkan.

Kerja perataan oleh jcb..

Sebahagian tanah yang telah diratakan(sebelah barat laut)




Inilah sebabnya mengapa pagar penting untuk projek ditapak sebegini.
Hari-hari berikutnya merancang untuk proses pemagaran dan pendaftaran TNB bagi memperolehi sumber elektrik.
Drawing untuk plan tanah dan susun atur polibeg.Juga boleh buat anggaran untuk sistem perpaipan dan pemagaran ladang kelak.


Sunday, October 10, 2010

Pembinaan Pejabat Tapak

9 & 10 Oktober 2010

Pembinaan pejabat tapak dengan mendirikan tiang konkrit setinggi 10' berharga Rm38.00/tiang.Kerja-kerja pembinaan dimulakan dengan penggalian lubang asas dengan kedalaman 2'.Konkrit dengan nisbah 1:2:4 (simen,batu baur halus dan pasir) dibancuh dan dituangkan ke dalam lubang asas (asas pad) pada setiap tiang yang didirikan. Kerja-kerja pengukuran, pendimensian dan pemancangan untuk menentukan kedudukan dinding ditandakan.(dinamakan pancang ukur tanah).
Kerja-kerja penggalian asas dan pendirian tiang utama bagi pejabat tapak. Pancang ukur tapak digunakan bagi memastikan kedudukan asas jalur yang akan dibina bagi mendirikan dinding bangunan.

Pembakaran Anak Kayu & Semak Samun

Himpunan anak kayu dan semak samun yang dibiarkan selama satu minggu dilihat masih tidak mampu untuk dibakar memandangkan keadaanya yang masih basah.Namun usaha diteruskan juga dengan menggunakan minyak diesel tetapi keadaan yang tidak kering sepenuhnya menyebabkan kerja-kerja pembakaran menjadi sulit untuk dilakukan.Setelah berbincang, kerja-kerja pembakaran tidak diteruskan dan pembersihan tapak  akan dilakukan dengan bantuan jentera. Jangkaan untuk penyediaan tapak dan rumah sepenuhnya adalah pada minggu hadapan.Jadual yang padat dan ketat terpaksa dilalui bagi memastikan projek dijalankan dengan lancar seperti "on paper schedule".
Kerja-kerja pembakaran yang tergendala kerana keadaan anak kayu yang masih basah.
Meracun.

Kerja-kerja meracun kawasan disekitar tapak projek dilakukan bagi memastikan tapak projek bersih dari lalang dan tumbuhan tidak diingini.Selain itu, meracun juga dilakukan bagi membersihkan kawasan tapak projek yang tidak mempunyai anak kayu keras bertujuan menjimatkan kos pembersihan.
Pembancuhan racun dilakukan didalam pam racun manual.

Tribute to him for his diligence to assist in site cleaning process.
Peluang memperolehi tanah projek baru.

Bertempat di Batu 4, di bawah seliaan JKK Batu 4, satu kawasan perkampungan baru ingin dibuka.Kedudukannya yang berhampiran resort rekreasi di Jln Lombong (berdekatan Kota Tinggi Water Fall) dengan peruntukan keluasan 1ekar/individu.Lawatan ke atas tanah tapak projek bagi melihat kesesuaian dan kos yang akan ditanggung dilakukan.Tanah dilihat mempunyai potensi dan kos serendah Rm 4K/ekar dilihat amat rendah & memuaskan.
Tasik yang menjadi tumpuan kepada kawasan pembangunan baru. Sesuai jika dibangunkan dengan challet yang menyediakan kemudahan seperti kayak.

View dari seberang jalan, kawasan perkampungan baru yang bakal diusahakan.


Setelah perbincangan dan penelitian dilakukan, dengan status dan kedudukan serta tahap legacy yang tidak menyakinkan pertimbangan untuk memilikinya tidak diteruskan. Kepada yang berminat bolehlah berbincang terus dengan land lord kerana urgency dan semangat juang bersama diperlukan untuk peserta.Memandangkan projek pertama belum lagi membuahkan hasilnya, risiko memiliki tapak untuk pembesaran tidak difikirkan sementara untuk masa ini.

12 Oktober 2010

Manager besar yang menguruskan dan menyelia kawasan tapak projek kini berada dalam keadaan kurang sihat. Di harap beliau dapat sembuh seperti sediakala dan sihat walafiat senantiasa. Dengan demikian, skop tugas beliau kini dikurangkan dengan penambahan anggota baru sebagai assistant manager.Atas dasar bertindak mengikut arahan, diharap ushama sama ini bakal memberikan manfaat kepada semua. Keadaan musim hujan menyebabkan keadaan tanah tidak sesuai untuk diratakan. Perancangan di atur bagi menunggu supaya keadaan tanah kering sepenuhnya sebelum proses perataan dilakukan. Selain itu, bahagian rasuk bagi bangunan telah selamat digali...
Lubang rasuk yang siap digali.

Beginilah caranya mendirikan tiang.Di tanam sedalam 2 kaki dan disimen dengan bancuhan konkrit yang tepat.

Nun di sana, Gunung Panti tersergam indah...Suasana yang amat tenang,bebas dari hiruk pikuk kota.

Simen yang ditinggalkan bersendirian menunggu untuk diguna untuk membina rasuk.

Pekan Kota Tinggi, Sign board yg mengganggu pandangan utk melihat traffic light..klu camni always red ajer la..



Wednesday, October 6, 2010

Projek Menjana Pendapatan Sampingan - Cili Fertigasi Permulaan Projek

1 dan 2 Oktober 2010

Kerja-kerja penyediaan tapak projek cili fertigasi dimulakan.Proses penyediaan tapak mengambil masa selama 2 hari kerana keadaan tanah yang dipenuhi belukar dan anak kayu. Jentera digunakan dalam kerja-kerja pembersihan tapak dengan kos Rm380/hari.

Tanah Projek untuk diusahakan

Anak pokok dikumpulkan ditengah tapak projek sebelum kerja-kerja pembakaran dilakukan

Pemandangan ke barat, arah utara adalah kawasan pergunungan menghijau.

Siap sedia menunggu untuk di bakar.

2 dan 3 Oktober 2010.

Bertempat di Jalan Industri B2, Bandar Penawar, kursus fertigasi lengkap,merangkumi kursus asas fertigasi,pembajaan,sistem pengairan, kawalan dan semburan dan pemasangan rumah pelindung hujan telah diikuti.

Pokok Cili yang memberi semangat untuk memulakan projek."Walaupun katanya main tangkap muat jer,tengok hasilnya memberangsangkan"
Antara info menarik sepanjang kursus :
" Kegagalan pengusaha cili fertigasi lazimnya dikaitkan dengan kegagalan memahami asas kepada sistem fertigasi iaitu pembajaan dan pengairan".
 "Adalah menjadi satu kegagalan  kepada petani fertigasi sekiranya hasil tanaman fertigasi kurang berbanding tanaman konvensional di tanah."

Apabila nutrien yang mencukupi diperolehi oleh tumbuhan, peringkat vegetatif dan generatif sempurna dapat dilihat.

Pemilihan benih yang baik mampu mengelak daripada virus terus menular.
Penelitian terhadap setiap peringkat pertumbuhan adalah penting dalam menjamin hasil yang terbaik.
Peringkat pertumbuhan perlulah dipantau sekerap mungkin bagi mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin wujud.

Sekitar ladang pertanian.Kelihatan ringkas tetapi hasil yang memuaskan. Teknik dan asas yang betul menjamin pertumbuhan yang sihat kepada tumbuhan.


4 Oktober 2010

Pembinaan rumah merangkap pejabat tapak bagi projek cili fertigasi. Bahan binaan selamat sampai di destinasi dan kerja-kerja pembinaan diharap dapat dijalankan seawal mungkin. Pembinaan pejabat tapak urusan berukuran 12' x 12' mampu memenuhi kapasiti untuk 2 orang pekerja ladang.Pembinaan seterusnya adalah bangsal yang menempatkan rumah tangki dan pam, tapak semaian dan ruang kerja serta penyimpanan barang/stok fertigasi.

Bahan binaan Asas, Batu blok,batu kerikil,keluli dan Pasir untuk tujuan pembinaan Pejabat.

5 dan 6 Oktober 2010

Kerja-kerja menghasilkan layout bagi tapak projek cili fertigasi. Detail didalam layout merangkumi kedudukan kawasan pertanian, susunatur polibeg, kedudukan rumah tangki dan sistem perpaipan. Rancangan awal untuk menempatkan 3000 polibeg dengan jarak tanaman 2' x 3'.

Pelan tapak extracted dari Google Earth. Disediakan bertujuan untuk memperolehi plotting asas pada acad bagi menentukun ukuran keluasan kawasan."Cara lebih mudah jika berjauhan dari tapak projek"

Layout tapak projek.Kerja-kerja menyediakan BOQ untuk sistem fertigasi berdasarkan ukuran skala seperti di google map.