Tuesday, November 9, 2010

Pembinaan Bangsal

4 & 5 November 2010

Pembinaan bangsal menempatkan tangki air dan anak pokok untuk semaian telah dibina mengikut ukuran 24' x 12'.Permulaan pembinaan dengan mendirikan tinag konkrit 10' dan 8'.Kemudian diikuti dengan pemasangan kekuda menggunakan kayu kempas 2" x 4" x 14'.Seterusnya, pemasangan gulung-gulung dan atap.
Pemasangan Tiang konkrit 10' dan 8'. Kayu kempas 2"x2"x16' digunakan untuk mengancing kedudukan tiang.

Cik Bakar sedang memasang kayu gulung-gulung pada kerangka atap

Kepingan zink atap terakhir yang dipasang sebelum kerja-kerja untuk hari ini diakhiri.

Bangsal yang sedia untuk menempatkan tangki air. Menunggu untuk penyediaan lantai bagi bangsal

Setelah berpenat di ladang ayuh ke Masjid.Wah jauhnya ke Shah Alam menyahut seruan.Gambar ni sehari selepas kerja pembinaan bangsal..Kami ke Shah Alam menghadiri kenduri perkahwinan rakan ofis..