Wednesday, October 20, 2010

Ramunia jadi Hub Minyak Dan Gas dan Industri Berat..

Teluk Ramunia ada minyak, gas

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Teluk Ramunia, Pengerang, mampu menjadi sebuah hab industri minyak dan gas yang baru di negara ini berikutan potensi dan kedudukannya yang strategik.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui (FPREE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ariffin Samsuri berkata, aktiviti berkaitan seperti penyimpanan dan penapisan minyak serta menjadi lokasi kapal berlabuh amat sesuai ditempatkan di situ.
"Selain itu, mengikut keadaan geografi Teluk Ramunia, diramalkan sumber minyak dan gas terdapat di kawasan itu yang berdasar kepada beberapa faktor dan perkembangan semasa.
"FPREE UTM Skudai sedia melakukan kajian di Teluk Ramunia bagi membuktikan kesahihan itu tetapi kita mempunyai beberapa halangan daripada pihak tertentu untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Minyak dan Gas (OGS) 2010 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, dekat sini hari ini.
Katanya, Teluk Ramunia mampu berkembang menjadi seperti industri minyak dan gas di Kertih, Terengganu sekali gus menjadi pesaing kepada hab yang sama di Singapura.
Menurutnya, Teluk Ramunia mempunyai banyak kelebihan berbanding hab sedia ada di negara itu contohnya daripada segi ruang dan kawasan.
Sementara itu, beliau memberitahu, UTM akan wujudkan dua kursus baru pada tahun depan iaitu Kejuruteraan Geologikal dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
Tujuannya, kata Ariffin, bagi menambah tenaga kerja dalam bidang minyak dan gas yang akan meningkat 15 peratus menjelang 2030.
Mengenai simposium itu, beliau berkata, tujuannya untuk membuka minda para penuntutnya mengenai peluang pekerjaan dan teknologi terkini dalam industri minyak dan gas.

Hasil Bumi

Telaga Minyak dan Gas
Di  Teluk Ramunia, dipercayai telah ditemui telaga minyak dan gas seluas 1,000 hektar  oleh para penyelidik petroleum baru-baru ini. Ia dikatakan berada di kawasan perairan Malaysia dan sekali gus menafikan hak bertindih atau pemilikan bersama oleh negara-negara jiran. Berita baik itu terhasil selepas kerja-kerja geologi dilakukan secara komprehensif  oleh  sebuah syarikat perunding yang dilantik.  Penemuan itu juga sekali gus melonjakkan nilai harta tanah di Pengerang, Teluk Ramunia dan sekitarnya. Difahamkan, harga tanah di kawasan  sekitar Pengerang dan Teluk Ramunia akan mencecah sehingga  RM200 ribu  bagi setiap 0.4 hektar. 
Sumber : http://telecentre.my


Memang dah banyak kali kedengaran berita sebegini, kalau tak silap 2006 sudah timbul.Kepada yang nak memiliki aset, melaburlah disektor hartanah....mesti harganya meningkat.Bandar Penawar ok sangat dengan harg asekarang ini.SHI pun nak buka shipyard di sana.Sime Darby pula memiliki yard untuk fabrication daripada Ramunia Fabricators.Pelaburan dari timur tengah berbilion ringgit disalur ke ramunia untuk loji penapisan di sana.Pembinaan Highway Senai -Desaru- Pasir Gudang melihatkan jaringan pengangkutan yang baik menghubungkan lokasi industri utama di Johor..Harapan agar kawasan sekitar turut menerima limpahan nikmat, penduduk pula memperolehi wang ehsan...Kepada politician bolehlah lemparkan pandangan masing2...fikir2 pro dan kontra nya...

No comments:

Post a Comment