Wednesday, October 6, 2010

Projek Menjana Pendapatan Sampingan - Cili Fertigasi Permulaan Projek

1 dan 2 Oktober 2010

Kerja-kerja penyediaan tapak projek cili fertigasi dimulakan.Proses penyediaan tapak mengambil masa selama 2 hari kerana keadaan tanah yang dipenuhi belukar dan anak kayu. Jentera digunakan dalam kerja-kerja pembersihan tapak dengan kos Rm380/hari.

Tanah Projek untuk diusahakan

Anak pokok dikumpulkan ditengah tapak projek sebelum kerja-kerja pembakaran dilakukan

Pemandangan ke barat, arah utara adalah kawasan pergunungan menghijau.

Siap sedia menunggu untuk di bakar.

2 dan 3 Oktober 2010.

Bertempat di Jalan Industri B2, Bandar Penawar, kursus fertigasi lengkap,merangkumi kursus asas fertigasi,pembajaan,sistem pengairan, kawalan dan semburan dan pemasangan rumah pelindung hujan telah diikuti.

Pokok Cili yang memberi semangat untuk memulakan projek."Walaupun katanya main tangkap muat jer,tengok hasilnya memberangsangkan"
Antara info menarik sepanjang kursus :
" Kegagalan pengusaha cili fertigasi lazimnya dikaitkan dengan kegagalan memahami asas kepada sistem fertigasi iaitu pembajaan dan pengairan".
 "Adalah menjadi satu kegagalan  kepada petani fertigasi sekiranya hasil tanaman fertigasi kurang berbanding tanaman konvensional di tanah."

Apabila nutrien yang mencukupi diperolehi oleh tumbuhan, peringkat vegetatif dan generatif sempurna dapat dilihat.

Pemilihan benih yang baik mampu mengelak daripada virus terus menular.
Penelitian terhadap setiap peringkat pertumbuhan adalah penting dalam menjamin hasil yang terbaik.
Peringkat pertumbuhan perlulah dipantau sekerap mungkin bagi mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin wujud.

Sekitar ladang pertanian.Kelihatan ringkas tetapi hasil yang memuaskan. Teknik dan asas yang betul menjamin pertumbuhan yang sihat kepada tumbuhan.


4 Oktober 2010

Pembinaan rumah merangkap pejabat tapak bagi projek cili fertigasi. Bahan binaan selamat sampai di destinasi dan kerja-kerja pembinaan diharap dapat dijalankan seawal mungkin. Pembinaan pejabat tapak urusan berukuran 12' x 12' mampu memenuhi kapasiti untuk 2 orang pekerja ladang.Pembinaan seterusnya adalah bangsal yang menempatkan rumah tangki dan pam, tapak semaian dan ruang kerja serta penyimpanan barang/stok fertigasi.

Bahan binaan Asas, Batu blok,batu kerikil,keluli dan Pasir untuk tujuan pembinaan Pejabat.

5 dan 6 Oktober 2010

Kerja-kerja menghasilkan layout bagi tapak projek cili fertigasi. Detail didalam layout merangkumi kedudukan kawasan pertanian, susunatur polibeg, kedudukan rumah tangki dan sistem perpaipan. Rancangan awal untuk menempatkan 3000 polibeg dengan jarak tanaman 2' x 3'.

Pelan tapak extracted dari Google Earth. Disediakan bertujuan untuk memperolehi plotting asas pada acad bagi menentukun ukuran keluasan kawasan."Cara lebih mudah jika berjauhan dari tapak projek"

Layout tapak projek.Kerja-kerja menyediakan BOQ untuk sistem fertigasi berdasarkan ukuran skala seperti di google map.






No comments:

Post a Comment