Tuesday, December 7, 2010

4 Hari Cuti Yang Sangat Bermakna (4-7 Dec 2010)

4-7 December 2010

Nampaknya,critical path projek berjalan seperti yang dirancang dan kini telah hampir dilaksana sepenuhnya.Pagar untuk kebun telah pun di order, lubangnya pun sudah digali.2 hari diperlukan bagi mennggali sebanyak 70 lubang. Cuaca yang amat terik pada sebelah paginya memberi sedikit tamparan kepada usaha penggalian lubang tiang.Waktu petang, cuaca yang sering hujan menjadikan kawasan kebun dipenuhi lopak2 air.Dan dengan itu perlulah disediakan sistem perparitan yang baik bagi mengalirkan air seterusnya mengelak daripada polibeg digenangi lopak2 air hujan..

Hari pertama cuti dipenuhi dengan membuat tempahan bahan binaan untuk pagar.Tiang pagar setinggi 7kaki dan pagar hijau 4 kaki digunakan untuk membina pagar bagi kawasan kebun.Tujuan pemagaran yang utama adalah untuk mengelak gangguan haiwan liar terutamanya kerbau yang banyak berkeliaran di kawasan kampung ini.Tak lupa juga kepada chelleng2 liar...

Selain itu, benih cili centil juga telah ditempah dan disemai..rajin sungguh partner utama mengira setiap biji bagi mengumpul jumlah 2000 biji benih.

4 orang pendekar hehe...view indah pemandangan gunung panti ketika awan mendung berarak..

Buat permulaan selama 2 hari pertama ini dipenuhi dengan kerja2 penggalian tanah.2 orang menggali lubang tiang dan 2 orang menggali perparitan..banyak sungguh kerja-kerja penggalian perlu dilakukan.Hasilnya sudah pasti amat memuaskan...70 tiang siap di gali dan sebanyak 13 parit telah digali...(650 pokok selamat dari lopak air)

Wah rajinnya...pembantu yang rajin pasti memudahkan urusan projek anda.

sitem perparitan bertujuan mengelak kawasan pokok daripada banjir


Semakin bersemangat melihat projek yang semakin menuju kepada keberhasilan. Penat lelah selama ini terubat melihat kepada perjalanan projek.Seperti kata partner, major2 nya sudah hampir siap, tinggal proses menanam dan memahami naluri pokok diperlukan selepas ini.

Tangki air 600 gallon pun dah sampai. Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya mengeluarkan tangki yang melekat keduanya.

sabut dan rak untuk penyemaian biji benih.Selepas ini memerlukan netting hitam untuk mengahalng gangguan serangga.

View bangsal yang dipenuhi dengan peralatan. Bangunan disebelah pun sarat dengan peralatan fertigasi.

Thursday, December 2, 2010

Haha bila nak start Menyemai..

Kali nie aku nak menulis secara kurang sedikit formalnya..letih nak memikir ayat untuk menaip dengan kadar yang amat sopan dan teratur...Hampir 2 bulan projek start..Barang2 hampir 80% dah sampai.banyak lagi yang tak settle.Yang terpenting, bekalan elektrik tak lagi kunjung tibe..form submit sudah..kene Q ler....plannya minggu nie aku mesti menyibukkan diri dengan sistem.Manakala kerja2/ task kat office utk wat pipe sizing pun tak aku settlekan lagi....merancang untuk membeli pam,memasang sistem perpaipan dan tanah yang memerlukan lagi sedikit kerja2 perataan dan perparitan..Funin2 bila tengok kos yang bakal dilabur lagi selepas ini...Pagar,TNB,SAJ dan barang2 kecil..semuanya memerlukan kos...fulus2..time2 camtu la macam2 dugaan akan datang...
Tapi usah risaulah..backup plan ada dah...semuanya masih dalam kawalan..masih lagi on schedule..cume memang benar masa amat2 kritikal...Penat pun ada rasanya...tak sabar nak melihat kejayaan ini (positif habis)..

Nampaknya urusan SAJ dan TNB sudah selesai..Haji Hussien dr TNB dah call manakala org kg yang nak pasang pipe air pun dah ready..sedia sajer ongkosnya Pak... Sabtu nie plan untuk membeli segala peralatan yang miss out at first aritu...mcm ade banyak juga..dan yang terpenting order pagar untuk kebun...ada sedikit lagi sebelum kerja menyemai dapat dilaksana..ikut plan mmg minggu nie dah start menyemai benih..Sabtu nie bercadang untuk membeli benih cili sentil dr kedaio tan di kota tinggi...Tp mcm biasa dugaan datang lagi...Macam Tora lak..

Kali nie ade lak mbr nak wat kerja kawen..kene g la nie sbb da janji...erm pagi sabtu tu rush pulang ke kg..order barang pastu pegi lak ke Kota Masai..Kene rush sblh petangnya ke kg lagi untuk membuat kerja2 pemasangan sistem paip dan pagar...Erm rasanya plan untuk pasang pagar pada hari ahad...Jadi hari sabtu cuma melibatkan urusan pembelian barangan sahaja..erm perlu rancang sebaiknya...

Entry kali ni tak dapat nak post mana2 gambar..alasanya sebab memang x amik gambar pon...sibuk dengan urusan barang2 di kebun...ada yang sudah sampai dan sebahagian kerja sewajarnya sudah dapat diteruskan.