Tuesday, January 25, 2011

Happy New Year 2011

January 2011


Telah banyak yang diusahakan bagi memastikan projek pertanian ini berjalan lancar.
Perancangan demi perancangan juga semakin kelihatan teratur, pengalaman pula semakin bertambah. Dari aspek pentadbiran sehinggalah kepada kerja-kerja pembinaan, penyelenggaran, penanaman semuanya menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. Kini, usia tanaman semakin meningkat remaja. Daripada fasa semaian sehinggalah kepada hari ke 40 dan sekarang telah memasuki fasa 3 minggu pertama selepas dipindahkan di dalam polibeg. Tribute tak terhingga kepada semua yang telah menyumbang usaha, tidak kiralah sekecil manapun yang pastinya usaha itu membuahkan kerahmatan dan segalanya bakal dilihat tidak lama lagi...



Langkah permulaan adalah semestinya dimulakan dengan penyediaan tapak semaian bagi benih lada. berbekalkan peat moss yang dibeli di kedai Tan Kota Tinggi, sejumlah 2400 benih yang telah direndam selama sekurangnya 6 jam dan di lembabkan di dalam surat kabar selama 6 hari disediakan untuk proses penyemaian. Sebelum itu rumah semaian bagi melindungi anak benih dari kepanasan lampau dan serangga perosak perlulah dibina. Ayuh melihat beberpa gambar semasa aktiviti penyemaian dilaksanakan.


Pasal bergambar serahkan kat beliau...

Berkongsi tentang pengalaman menyediakan 2000 anak pokok cili centil sehinggalah pemindahannya ke ladang membawa seribu makna kepada yang memahami. Penat, peluh, keluh dan derita mahupun kesengsaraan selama ini hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya kesabaran adalah tonggak utama dalam memastikan segala yang diusahakan membawa keberhasilan.

Bermula dengan penyediaan media yang dibasahkan dan diisi ke dalam polibeg maka bermulalah kerja-kerja penyediaan tanaman. Bagi sabut yang diperolehi daripada selangor, purata bilangan polibeg yang dapat di isi bagi setiap guni adalah 7 polibeg dengan harga rm6.00.Manakala masanya pula lebih kurang 30 minit diperlukan bagi mengisi 8 polibeg (termasuk kerja melipat polibeg).Ketekunan dalam mengisi polibeg amatlah perlu memandangkan kerja remeh ini acapkali menimbulkan ketidakselesaan kepada otot dan sistem pernafasan kesan daripada pengabaian aspek-aspek keselamatan dan ergonomik semasa melakukan kerja..

Setelah polibeg siap diisi kerja-kerja penyediaan tapak bagi menempatkan polibeg dengan membentangkan black roll (pengalas/silver shine) dilakukan.disebabkan permukaan tanah yang tidak dirtatakan sepenuhnya maka, dapatlah dilihat benjolan pada silver shine yang mana boleh membawa kepada