Sunday, October 10, 2010

Pembinaan Pejabat Tapak

9 & 10 Oktober 2010

Pembinaan pejabat tapak dengan mendirikan tiang konkrit setinggi 10' berharga Rm38.00/tiang.Kerja-kerja pembinaan dimulakan dengan penggalian lubang asas dengan kedalaman 2'.Konkrit dengan nisbah 1:2:4 (simen,batu baur halus dan pasir) dibancuh dan dituangkan ke dalam lubang asas (asas pad) pada setiap tiang yang didirikan. Kerja-kerja pengukuran, pendimensian dan pemancangan untuk menentukan kedudukan dinding ditandakan.(dinamakan pancang ukur tanah).
Kerja-kerja penggalian asas dan pendirian tiang utama bagi pejabat tapak. Pancang ukur tapak digunakan bagi memastikan kedudukan asas jalur yang akan dibina bagi mendirikan dinding bangunan.

Pembakaran Anak Kayu & Semak Samun

Himpunan anak kayu dan semak samun yang dibiarkan selama satu minggu dilihat masih tidak mampu untuk dibakar memandangkan keadaanya yang masih basah.Namun usaha diteruskan juga dengan menggunakan minyak diesel tetapi keadaan yang tidak kering sepenuhnya menyebabkan kerja-kerja pembakaran menjadi sulit untuk dilakukan.Setelah berbincang, kerja-kerja pembakaran tidak diteruskan dan pembersihan tapak  akan dilakukan dengan bantuan jentera. Jangkaan untuk penyediaan tapak dan rumah sepenuhnya adalah pada minggu hadapan.Jadual yang padat dan ketat terpaksa dilalui bagi memastikan projek dijalankan dengan lancar seperti "on paper schedule".
Kerja-kerja pembakaran yang tergendala kerana keadaan anak kayu yang masih basah.
Meracun.

Kerja-kerja meracun kawasan disekitar tapak projek dilakukan bagi memastikan tapak projek bersih dari lalang dan tumbuhan tidak diingini.Selain itu, meracun juga dilakukan bagi membersihkan kawasan tapak projek yang tidak mempunyai anak kayu keras bertujuan menjimatkan kos pembersihan.
Pembancuhan racun dilakukan didalam pam racun manual.

Tribute to him for his diligence to assist in site cleaning process.
Peluang memperolehi tanah projek baru.

Bertempat di Batu 4, di bawah seliaan JKK Batu 4, satu kawasan perkampungan baru ingin dibuka.Kedudukannya yang berhampiran resort rekreasi di Jln Lombong (berdekatan Kota Tinggi Water Fall) dengan peruntukan keluasan 1ekar/individu.Lawatan ke atas tanah tapak projek bagi melihat kesesuaian dan kos yang akan ditanggung dilakukan.Tanah dilihat mempunyai potensi dan kos serendah Rm 4K/ekar dilihat amat rendah & memuaskan.
Tasik yang menjadi tumpuan kepada kawasan pembangunan baru. Sesuai jika dibangunkan dengan challet yang menyediakan kemudahan seperti kayak.

View dari seberang jalan, kawasan perkampungan baru yang bakal diusahakan.


Setelah perbincangan dan penelitian dilakukan, dengan status dan kedudukan serta tahap legacy yang tidak menyakinkan pertimbangan untuk memilikinya tidak diteruskan. Kepada yang berminat bolehlah berbincang terus dengan land lord kerana urgency dan semangat juang bersama diperlukan untuk peserta.Memandangkan projek pertama belum lagi membuahkan hasilnya, risiko memiliki tapak untuk pembesaran tidak difikirkan sementara untuk masa ini.

12 Oktober 2010

Manager besar yang menguruskan dan menyelia kawasan tapak projek kini berada dalam keadaan kurang sihat. Di harap beliau dapat sembuh seperti sediakala dan sihat walafiat senantiasa. Dengan demikian, skop tugas beliau kini dikurangkan dengan penambahan anggota baru sebagai assistant manager.Atas dasar bertindak mengikut arahan, diharap ushama sama ini bakal memberikan manfaat kepada semua. Keadaan musim hujan menyebabkan keadaan tanah tidak sesuai untuk diratakan. Perancangan di atur bagi menunggu supaya keadaan tanah kering sepenuhnya sebelum proses perataan dilakukan. Selain itu, bahagian rasuk bagi bangunan telah selamat digali...
Lubang rasuk yang siap digali.

Beginilah caranya mendirikan tiang.Di tanam sedalam 2 kaki dan disimen dengan bancuhan konkrit yang tepat.

Nun di sana, Gunung Panti tersergam indah...Suasana yang amat tenang,bebas dari hiruk pikuk kota.

Simen yang ditinggalkan bersendirian menunggu untuk diguna untuk membina rasuk.

Pekan Kota Tinggi, Sign board yg mengganggu pandangan utk melihat traffic light..klu camni always red ajer la..



2 comments:

  1. "Kepada yang berminat bolehlah berbincang terus dengan land lord kerana urgency dan semangat juang bersama diperlukan untuk peserta.Memandangkan projek pertama belum lagi membuahkan hasilnya, risiko memiliki tapak untuk pembesaran tidak difikirkan sementara untuk masa ini."

    kepada siapa perlu berhubung untuk mengetahui lebih lanjut tentang statement diatas

    ReplyDelete
  2. Tuan Tanah adalah orang yang meneroka perkampungan itu....katanya surat ada..tp geran takde....

    ReplyDelete