Tuesday, December 7, 2010

4 Hari Cuti Yang Sangat Bermakna (4-7 Dec 2010)

4-7 December 2010

Nampaknya,critical path projek berjalan seperti yang dirancang dan kini telah hampir dilaksana sepenuhnya.Pagar untuk kebun telah pun di order, lubangnya pun sudah digali.2 hari diperlukan bagi mennggali sebanyak 70 lubang. Cuaca yang amat terik pada sebelah paginya memberi sedikit tamparan kepada usaha penggalian lubang tiang.Waktu petang, cuaca yang sering hujan menjadikan kawasan kebun dipenuhi lopak2 air.Dan dengan itu perlulah disediakan sistem perparitan yang baik bagi mengalirkan air seterusnya mengelak daripada polibeg digenangi lopak2 air hujan..

Hari pertama cuti dipenuhi dengan membuat tempahan bahan binaan untuk pagar.Tiang pagar setinggi 7kaki dan pagar hijau 4 kaki digunakan untuk membina pagar bagi kawasan kebun.Tujuan pemagaran yang utama adalah untuk mengelak gangguan haiwan liar terutamanya kerbau yang banyak berkeliaran di kawasan kampung ini.Tak lupa juga kepada chelleng2 liar...

Selain itu, benih cili centil juga telah ditempah dan disemai..rajin sungguh partner utama mengira setiap biji bagi mengumpul jumlah 2000 biji benih.

4 orang pendekar hehe...view indah pemandangan gunung panti ketika awan mendung berarak..

Buat permulaan selama 2 hari pertama ini dipenuhi dengan kerja2 penggalian tanah.2 orang menggali lubang tiang dan 2 orang menggali perparitan..banyak sungguh kerja-kerja penggalian perlu dilakukan.Hasilnya sudah pasti amat memuaskan...70 tiang siap di gali dan sebanyak 13 parit telah digali...(650 pokok selamat dari lopak air)

Wah rajinnya...pembantu yang rajin pasti memudahkan urusan projek anda.

sitem perparitan bertujuan mengelak kawasan pokok daripada banjir


Semakin bersemangat melihat projek yang semakin menuju kepada keberhasilan. Penat lelah selama ini terubat melihat kepada perjalanan projek.Seperti kata partner, major2 nya sudah hampir siap, tinggal proses menanam dan memahami naluri pokok diperlukan selepas ini.

Tangki air 600 gallon pun dah sampai. Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya mengeluarkan tangki yang melekat keduanya.

sabut dan rak untuk penyemaian biji benih.Selepas ini memerlukan netting hitam untuk mengahalng gangguan serangga.

View bangsal yang dipenuhi dengan peralatan. Bangunan disebelah pun sarat dengan peralatan fertigasi.

No comments:

Post a Comment