Pembinaan bangsal menempatkan tangki air dan anak pokok untuk semaian telah dibina mengikut ukuran 24' x 12'.Permulaan pembinaan dengan mendirikan tinag konkrit 10' dan 8'.Kemudian diikuti dengan pemasangan kekuda menggunakan kayu kempas 2" x 4" x 14'.Seterusnya, pemasangan gulung-gulung dan atap.
Pemasangan Tiang konkrit 10' dan 8'. Kayu kempas 2"x2"x16' digunakan untuk mengancing kedudukan tiang. |
Cik Bakar sedang memasang kayu gulung-gulung pada kerangka atap |
Kepingan zink atap terakhir yang dipasang sebelum kerja-kerja untuk hari ini diakhiri. |
Bangsal yang sedia untuk menempatkan tangki air. Menunggu untuk penyediaan lantai bagi bangsal |
Setelah berpenat di ladang ayuh ke Masjid.Wah jauhnya ke Shah Alam menyahut seruan.Gambar ni sehari selepas kerja pembinaan bangsal..Kami ke Shah Alam menghadiri kenduri perkahwinan rakan ofis.. |